Thursday, May 5

The Power of Gold

Saya yakin dengan formula EMAS = Beli untung, Jual untung, Simpan pun untung! Pada pendapat saya, harga emas walaupun ada turun dan naik...pada satu ketika ia tetap akan naik. Jadi jika kita beli emas pada masa harga pasaran turun dan jual ketika harga sedang naik, pasti untung bukan? Ataupun kita boleh simpan untuk satu jangka masa dan apabila memerlukan sumber kewangan....kita boleh jual dan masih memperolehi keuntungan! Bagi mereka yang dah menyimpan emas Public Gold pasti tersenyum lebar melihat harga emas yang naik mendadak seperti yang dijangkakan. Bagi yang belum, cepat bertindak sebelum harga emas naik lagi tinggi.

Masih ragu? Mungkin persepsi anda akan berubah selepas membaca artikel surat khabar berikut (sila klik artikel untuk paparan lebih jelas) :


Utusan Malaysia, 18 Disember 2010


Harian Metro, 30 Disember 2010


Harian Metro, 27 November 2010


Harian Metro, 21 Oktober 2010


Harian Metro, 28 Ogos 2010


Harian Metro, 28 Mei 2011


Harian Metro, 24 Februari 2010


Harian Metro




Berita Harian, 17 Januari 2012


Berita Harian, 30 Mac 2011


Berita Harian, 23 Februari 2011


Berita Harian, 30 September 2010
Tidak salah untuk berhati-hati dalam membuat keputusan, namun jangan terlalu lambat dalam mengambil tindakan kerana masa yang berlalu ibarat emas. Harga emas dulu tidak sama dgn harga emas sekarang, dan harga emas sekarang tidak sama dgn harga emas akan datang. "Jangan tunggu lama-lama...nanti lama-lama...harga emas naik lagi" he..he..hee

Salam Hormat,
Sulaiman Mahbob
Authorised Dealer of Public Fine Gold International Sdn Bhd
017-7843572 | imans52@hotmail.com | http://imangoldinvest.blogspot.com

Wednesday, May 4

Pelaburan Emas Fizikal

Harga emas sentiasa meningkat, purata kenaikan antara 35% hingga 45% setahun. Cuba lihat statistik harga emas mengikut pasaran antarabangsa mulai tahun 2000 hingga 2012 (untuk tempoh 10 tahun)
Tahun 2000 - USD 275.45
Tahun 2009 - USD 953.50
Tahun 2010 - USD 1,423.00 (Kenaikan 400% bagi tempoh 10tahun)
Tahun 2011 - Kenaikan tertinggi USD 1,920, tapi jatuh bulan Dis 2011 USD 1,570)
Tahun 2012 - Ramalan kenaikan sehingga USD 2,300 - 2,500.

Bayangkan jika kita membeli Gold Bar 999.9 pada tahun 2000 bernilai RM867.00 maka pada tahun 2010 harganya meningkat RM4,382. Bagaimana kalau kita menyimpan emas bernilai RM 43,350?? Dalam 10 tahun menjadi RM 224,100!

Jika dibandingkan dengan simpanan di bank, pelaburan pelbagai saham, ternyata pelaburan emas fizikal lebih menguntungkan!
Lebih lama disimpan Lebih mahal nilainya


Tahun 2011
1. Hingga bulan Ogos 2011 - harga emas meningkat ke USD1,857 / oz, kenaikan kepada 30% sehingga bulan ni. Wowww!! ramalan pakar2 menyatakan  harga boleh meningkat kepada USD2,300 pada akhir tahun ini & boleh mencapai USD5,000 /oz dalam tempoh beberapa tahun lagi!

2. Bulan Ogos jugak ..harga meningkat paling tinggi iaitu USD1,920 & ketika itu saya menjual sebahagian stok emas untuk mendapat keuntungan kerana saya percaya harga akan menjunam setelah naik cam roket! Betul jangkaan saya..harga menjunam sehingga USD1,720. Masa ni lah borong balik emas, dan dalam beberapa hari bulan Ogos jugak harga naik kembali dan hari ni 27hb dah mencecah USD1,825!. Sesiapa yg berminat bolehlah beli sekarang kerana harga akan meningkat lagi. Harga emas ikut sejarah tak akan turun ..kalau turun pun (sebab adjustment) & akan rebound balik ke harga yg lebih tinggi.. Prinsip saya harga emas setiap tahun akan meningkat (tahun ni lebih tinggi dari tahun lepas) jadi tak perlu bimbang, ada duit beli terus dan tunggu graf harga akan meningkat, pastinya pelaburan yang saaangat menguntungkan. Ok..jumpa lagi!

Tahun  2012
Harga emas menjunam mulai bulan Dis 2011 sehingga USD1,570/oz. Alhamdullillah... saya dan beberapa pelanggan saya telah ambil kesempatan memborong emas fizikal, kerana harga memang amat rendah dan pasti akan meningkat kembali! Harga emas sekarang kian meningkat dari sehari ke sehari sehinggalah pada 2hb Feb 2012 harga mencecah ke paras USD1,750! Usah bimbang...masih belum terlambat membeli emas lagi kerana harga akan meningkat lebih tinggi lagi, dan bila sampai USD1,900 - USD2,000 bolehlah kita jual sebahagian untuk mendapat keuntungan pelaburan kita...bila turun lagi kita beli balik.

Tuesday, May 3

Membeli Emas Fizikal


Saya syorkan wang simpanan kita bahagikan untuk dua pelaburan, satu bahagian disimpan di bank / tabung haji / saham / ASB, manakala sebahagian lagi dikeluarkan dan dilaburkan dengan membeli emas fizikal. Anda mungkin tertanya kenapa saya syor laburkan separuh sahaja dari wang simpanan? Well...kita masih perlukan wang tunai untuk menjalani kehidupan harian dan ketika kecemasan. Takkanlah kita nak bayar gunakan emas fizikal di kedai atau hospital (he he...biar betul)....jadi kita perlu simpan sebahagian wang berbentuk tunai.
Contohnya :
Simpanan kita ada RM 50,0000 (tidak digunakan), jadi saya cadang separuhnya kita beli emas fizikal dengan nilai RM 25,000. Dalam tempoh 10 tahun nilai simpanan emas akan  meningkat ke RM 125,000!

Jika membeli secara sedikit-dikit pun boleh…lama-lama jadi bukitkan? Membeli emas jangan tunggu hingga emas turun menjunam, kerana ianya jarang berlaku. Ada duit terus beli dan sekiranya lepas tu harga turun… tak mengapa kerana harga tetap akan naik setiap tahun kemudian.

Monday, May 2

Rumusan EMAS

Pesanan ikhlas dari saya....
  1. Beli emas fizikal termampu yang boleh dan simpan untuk pelaburan, kerana lebih LAMA disimpan lebih TINGGI nilainya! 
  2. Buat pertukaran simpanan pelaburan anda yang sedia ada kepada emas fizikal. Sebabnya...harga emas sentiasa meningkat. Berdasarkan sejarah, harga emas dalam tempoh 10tahun, harga bermula dgn USD 275.45 dan 10tahun kemudian meningkat kepada USD 1,423. Jadi capai calculator anda sekarang dan kiralah sendiri keuntungannya 
  3. Buat simpanan wang anda setiap bulan dalam bentuk emas. Mula dari sekarang dengan membeli emas sikit-sikit, lama-lama jadi BUKIT emas ;)
  4. Emas fizikal/dinar boleh dijadikan sebagai hadiah, cenderahati, mas kahwin.
  5. Emas anda tu, anda boleh pajak di Ar-Rahnu untuk keperluan di saat kecemasan atau sebagai modal untuk membeli emas lagi.
  6. Boleh berniaga emas. Keuntungan perbezaan harga jualan dan belian, malah dapat komisyen jualan (jika menjadi PG dealer)
  7. Namun dalam keseronokan melabur dan menyimpan emas, jangan lupa membayar zakat emas apabila cukup haul ok?
Akhir kata....saya ucapkan SELAMAT BERJAYA kepada anda! "Sinaran Emas"...menyinari kehidupan anda umpama kilauan emas...CANTIK, TEGUH dan BERNILAI!

Salam Hormat,
Sulaiman Mahbob
Authorised Dealer of Public Fine Gold International Sdn Bhd
017-7843572 | imans52@hotmail.com | http://imangoldinvest.blogspot.com

Saturday, April 30

Seminar PERCUMA!


"Tuntutlah ilmu walau sampai ke negara China". Saya amat menggalakkan anda menghadiri seminar emas (PERCUMA) yang diadakan setiap minggu di kawasan berhampiran dengan anda. Jadual seminar boleh dirujuk di laman web rasmi Public Gold. Lebih banyak anda menghadiri lebih banyak ilmu emas diperolehi... malah berpeluang berkenalan dengan ramai dealer2 dan juga customer.

Klik JADUAL SEMINAR untuk maklumat terkini seminar-seminar yang akan diadakan.


Friday, April 29

Safe Deposit Box


Untuk keselamatan stok emas anda(kalau dah banyak beli), saya syorkan ia disimpan di syarikat/bank yang menyediakan perkhidmatan menyimpan stok emas/barang berharga dalam safe deposit box dengan bayaran yang berpatutan. Better be safe than sorry. So my advice, bertindak sekarang sebelum menyesal....anda boleh hubungi bank & syarikat yang ada kemudahan safe deposit seperti berikut :
"Menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya"
Photo source : http://www.publicsafe.com.my

Saturday, April 23

Why Invest In Physical Gold?

I'm sure you've been asking yourself....why GOLD? Listed below are the answers...

Top 10 Reasons to Invest in Physical Gold
  1. No other investment has the wealth preserving power of gold!
  2. Gold should be part of every optimally diversified portfolio.
  3. Physical (allocated) gold is the most secure way to invest in gold.
  4. The current U.S. debt and trade crisis will continue to push gold prices up.
  5. A tangible and liquid asset, gold is the only truly international currency.
  6. Gold maintains its value through political and social upheavals, wars, and natural disasters.
  7. Unlike paper currency, stocks and bonds, gold will never loses its intrinsic value.
  8. Gold is an inflation-proof investment.
  9. Gold will always be in demand, and demand is increasing.
  10. Gold has always been, and will always be, the most legendary precious metal in the world.
---------------------------------------------

Pasti anda tertanya-tanya...kenapa EMAS? Senarai berikut adalah jawapannya...

10 Sebab Utama untuk Melabur dalam Emas Fizikal
  1. Tiada pelaburan emas yang menawarkan harga pasaran sebenar emas.
  2. Emas sering diperkatakan setiap hari.
  3. Pelaburan emas adalah selamat.
  4. Tiada sebarang krisis kewangan berlaku terutama penukaran wang US Dolar.
  5. Emas didagangkan mengikut pasaran antarabangsa.
  6. Pasaran emas adalah terkawal tanpa kesan masalah politik semasa, peperangan mahupun bencana alam.
  7. Tiada kerugian yang melampau seperti pasaran saham atau bon.
  8. Emas adalah pelaburan yang boleh mengelakkan inflasi berlaku.
  9. Emas sentiasa diminta hingga menyebabkan pemintaan yang tinggi.
  10. Emas sudah diperakui sejak turun temurun lagi.
Source : http://www.publicgold.com.my

What is Dinar?

What is Dinar?
Basically, Dinar is a gold coin.

Specification :
The standard specification of Dinar & Dirham established by caliph Umar Ibn al-Khattab are as follows;
  • 1 Dinar is equivalent to 4.25 gram weight of gold  (916)
  • 1 Dirham is equivalent to 3 grams weight of pure silver (999)
Umar Ibn al-Khattab established the known standard relationship between them based on their weights : "7 dinars must be equivalent to 10 dirhams"

The advantage of Dinar :
1. Gold has its own intrinsic value and recognized as the currency in the world
2. Dinar and Dirham is the currency of Islam
3. It has more stable value compared to money. Dinar protect your wealth!
4. Can be used as a Mahr (dowry payment)
5. Dinar allow a more accurate payment of zakat
6. Gold price is increasing every year, thus it's an advantage to the Dinar collectors

The usage of gold Dinar :
1. Dinar can be used as saving/investment
2. It can be used to pay zakat
3. It can be used as a Mahr (mas kahwin)
4. It can be used as a gift
5. It can be used to buy and sell as it is a legitimate medium of exchange.


Apakah itu Dinar?
Dinar adalah syiling emas.

Spesifikasi :
Khalifah Umar Al-Khatab, khalifah Islam yang kedua telah menetapkan piawaian Dinar & Dirham seperti berikut;
  • 1 Dinar bersamaan berat 4.25 gram emas 916.6
  • 1 Dirham bersamaan berat 3 gram perak 999
Khalifah Umar Al-Khattab juga telah menetapkan piawaian berat dan ukuran perbezaan di antara dinar dan dirham seperti berikut : "7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)"

Kelebihan Dinar Emas :
1. Emas mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri dan diiktiraf sebagai wang di seluruh dunia
2. Dinar dan Dirham adalah matawang Islam yang sebenar
3. Penyimpan nilai yang lebih stabil berbanding wang kertas. Dinar mampu melindungi kekayaan anda!
4. Boleh digunakan sebagai bayaran mas kahwin
5. Penggunaan Dinar membolehkan pembayaran zakat yang lebih tepat
6. Harga emas yang meningkat setiap tahun akan menambahkan nilai kekayaan penyimpan Dinar

Di antara kegunaan Dinar Emas :
1. Boleh disimpan sebagai pelaburan dan simpanan
2. Boleh digunakan untuk membayar zakat
3. Boleh digunakan sebagai mas kahwin
4. Boleh diberi sebagai hadiah / cenderamata
5. Boleh digunakan untuk aktiviti jual beli

Source : http://www.publicdinar.com

Friday, April 22

Pajakan Ar-Rahnu

Anda tau tak...terdapat dua(2) sistem pajak gadai di Malaysia iaitu :

1) Sistem pajak gadai konvensional

Sistem pajak gadai konvensional biasanya dikuasai oleh orang bukan Islam dan tertakluk kepada Akta Pajak Gadai 1972. Pajak gadai konvensional boleh mengenakan faedah/riba keatas pinjaman sehingga 2% sebulan bagi tempoh maksima pajakan 6 bulan. Maksima pinjaman pula ialah RM 5,000.


2) Sistem pajak gadai berkonsepkan Islam (Ar-Rahnu)

Ar-Rahnu merupakan skim pajak gadai berkonsepkan Islam, di mana bank memberi pinjaman berdasarkan prinsip Syariah Al-Qardul Hassan dan pelanggan mengemukakan barang kemas sebagai cagaran. Barang kemas tersebut disimpan mengikut prinsip Al-Wadiah Yad Dhamanah dengan mengenakan upah simpan.

SISTEM PAJAKAN
KONVENSIONAL VS AR-RAHNU

Konvensional
Ar-Rahnu
  • Dimonopoli oleh masyarakat bukan Islam
  • Agak membebankan
  • Kadar faedah yg tinggi sehingga 2% sebulan
  • Tempoh pajakan maksima sehingga 6 bulan
  • Pembiayaan mengikut syariah
  • Cepat, mudah dan selamat
  • Lebih menjimatkan
  • Kadar upah tetap sehingga penebusan penuh
  • Tempoh pajakan yang lebih panjang
Di Malaysia, diantara bank yang menawarkan perkhidmatan Ar-Rahnu ialah Agro Bank, Bank Rakyat dan Bank Islam.

    Thursday, April 21

    Bagaimana Jika Harga Emas Jatuh Menjunam?

    Persoalan yang mungkin berlegar-legar difikiran anda bukan?

    Jawapan saya ringkas & mudah saja...dalam situasi sekarang, kita perlu ambil kesempatan membeli emas fizikal seberapa banyak yang mampu. Jika tiada modal, boleh pajakkan emas yang kita ada di AgroBank atau jika berkemampuan buatlah pinjaman di bank ataupun koperasi. Teruskan berusaha dan jangan mudah putus asa. Secara tak langsung kita menambah pelaburan emas kita, dan suatu masa nanti (dalam tempoh 5 - 10 tahun akan datang) kita akan sedar bahawa tindakan kita itu adalah BIJAK!


    Berminat? Hubungi saya kalau hendak membeli emas ya :)