Friday, April 22

Pajakan Ar-Rahnu

Anda tau tak...terdapat dua(2) sistem pajak gadai di Malaysia iaitu :

1) Sistem pajak gadai konvensional

Sistem pajak gadai konvensional biasanya dikuasai oleh orang bukan Islam dan tertakluk kepada Akta Pajak Gadai 1972. Pajak gadai konvensional boleh mengenakan faedah/riba keatas pinjaman sehingga 2% sebulan bagi tempoh maksima pajakan 6 bulan. Maksima pinjaman pula ialah RM 5,000.


2) Sistem pajak gadai berkonsepkan Islam (Ar-Rahnu)

Ar-Rahnu merupakan skim pajak gadai berkonsepkan Islam, di mana bank memberi pinjaman berdasarkan prinsip Syariah Al-Qardul Hassan dan pelanggan mengemukakan barang kemas sebagai cagaran. Barang kemas tersebut disimpan mengikut prinsip Al-Wadiah Yad Dhamanah dengan mengenakan upah simpan.

SISTEM PAJAKAN
KONVENSIONAL VS AR-RAHNU

Konvensional
Ar-Rahnu
  • Dimonopoli oleh masyarakat bukan Islam
  • Agak membebankan
  • Kadar faedah yg tinggi sehingga 2% sebulan
  • Tempoh pajakan maksima sehingga 6 bulan
  • Pembiayaan mengikut syariah
  • Cepat, mudah dan selamat
  • Lebih menjimatkan
  • Kadar upah tetap sehingga penebusan penuh
  • Tempoh pajakan yang lebih panjang
Di Malaysia, diantara bank yang menawarkan perkhidmatan Ar-Rahnu ialah Agro Bank, Bank Rakyat dan Bank Islam.

    No comments: