Zakat on Gold

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Assalamualaikum...
As we are all know, gold is one of the precious metals that is zakatable provided it reaches the quantity of nisab and haul.

What is Haul & Nisab?
  • Haul is referring to period of which gold has been possessed for one lunar year or more
  • Nisab is referring to weight value of the gold

The obligation of zakat on gold is explained in Al-Quran as follows :

And (remember) those who hoard up gold and silver and do not spend it in the Path of Allah - proclaim to them a painful punishment. (That is) on that day their gold and silver (their treasures) will be heated in the Fire of Hell, and their foreheads, sides and backs branded with them (while it will be said to them): “These are the riches which you hoarded. Taste then (the punishment of) what you have hoarded (At-Taubah: 34-35)

Zakat on gold is calculated in two conditions :
1. Stored Gold
2. Use Gold (as jewellery)


Stored Gold
It refers to gold that is not used or worn even once in a year. If the value of the stored gold equals to or exceeds nisab of 85gram, zakat of 2.5% is obligatory.

For an example : You own 100 gram gold bar worth RM160/gram (current gold price) which has been kept for a year.
Total of zakat = 2.5% x RM 16,000 = RM 400


Use gold
Zakat is not obligatory on gold jewelry that is worn once or more in a year. However if the jewellery exceeds ‘uruf’ (typical or customary use in local community), the extra is zakatable by percentage 2.5%.

For an example : If you are staying in Johor, thus the uruf rate is 850 gram emas (for other states please refer to uruf rate table below)

Weight of used gold is 950 gram
Therefore weight of zakatable gold is :
= 950 gram – 850 gram (uruf)
= 100gram

Total of zakat = 2.5% x (100 gram x current gold price)
(let's say current gold price is RM 157.00 / gram)
= 2.5% x (100 gram x RM 157.00)
RM 392.00


The uruf  rate are different depending  on each states :
States Uruf rate
Kedah 150 gram  
Perlis 170 gram
Penang 165 gram
Johor 850 gram
N.Sembilan 200 gram
Selangor 800 gram
W. Persekutuan  150 gram
Terengganu 850 gram
Pahang 200 gram
Perak 500 gram 
Sarawak 775 gram
Kelantan none
Malacca RM 5,000
Sabah RM 5,000

---------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum...
Pasti anda tahu emas adalah kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup haul dan nisab bukan?

Apa itu Haul & Nisab?
  • Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun
  • Nisab pula merujuk kepada nilai berat

Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam Al-Quran bermaksud :

Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu(At- Taubah; ayat 34-35)

Zakat emas terbahagi kepada dua kategori berikut :

1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
2. Zakat emas yang dipakai


Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Contoh : Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM160/gram (harga semasa) dan telah menyimpannya selama setahun.
Jumlah zakat = 2.5% x RM 16,000 = RM 400


Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

Contoh : Jika anda bermastautin di Johor maka kadar uruf adalah 850 gram emas (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah)

Jika, berat emas yang dipakai ialah 950 gram
Maka berat emas yang layak dizakatkan adalah :
= 950 gram – 850 gram (uruf)
= 100gram

Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
(andaian harga emas semasa RM 157.00 / gram)
= 2.5% x (100 gram x RM 157.00)
= RM 392.00


Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia :
Negeri Nilai uruf
Kedah 150 gram  
Perlis 170 gram
Pulau Pinang 165 gram
Johor 850 gram
N.Sembilan 200 gram
Selangor 800 gram
W. Persekutuan  150 gram
Terengganu 850 gram
Pahang 200 gram
Perak 500 gram 
Sarawak 775 gram
Kelantan none
Melaka RM 5,000
Sabah RM 5,000


Soalan-soalan lazim yang perlu diketahui mengenai zakat emas :

SOALAN 1 : Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skim Ar-Rahnu, perlukah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu?
JAWAPAN : Tidak wajib, kerana tidak sempurna milik.

SOALAN 2 : Adakah emas yang disimpan di dalam bank (safe deposit box) perlu dizakatkan?
JAWAPAN : Ya, wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan.

SOALAN 3 : Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu?
JAWAPAN : Tidak wajib dizakatkan kecuali setelah ditebus semula. Kiraan haul bermula pada hari ditebus.

SOALAN 4 : Ibu saya mempunyai emas yang sudah cukup syarat untuk dizakatkan. Tetapi beliau meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan zakat. Siapakah yang bertanggungjawab membayar zakat tersebut? Daripada sumber mana yang perlu digunakan untuk membayar zakat tersebut?
JAWAPAN : Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut dengan menggunakan duit si mati sebelum harta peninggalannya di faraid.

SOALAN 5 : Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah disimpan dan diwarisi daripada nenek?
JAWAPAN : Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup syarat.

SOALAN 6 : Saya ada emas yang dipakai. Ia tidak cukup untuk dikeluarkan zakat. Tetapi jika dicampurkan dengan emas yang digadai, cukup untuk bayar zakat. Persoalannya, wajib kah saya membayar zakat?
JAWAPAN : Tidak wajib dikenakan zakat kerana tidak cukup nisab dan emas yang digadai tidak sempurna milik.

Nota : Untuk warga Johor, anda boleh lawati MAIJ untuk info lanjut mengenai zakat emas. Untuk negeri lain, anda dinasihatkan untuk merujuk pada laman web Majlis Agama Islam negeri anda.

Akhir kata dari saya...jangan lupa menunaikan zakat ya :)
Selamat melabur & beramal!