Tuesday, May 3

Membeli Emas Fizikal


Saya syorkan wang simpanan kita bahagikan untuk dua pelaburan, satu bahagian disimpan di bank / tabung haji / saham / ASB, manakala sebahagian lagi dikeluarkan dan dilaburkan dengan membeli emas fizikal. Anda mungkin tertanya kenapa saya syor laburkan separuh sahaja dari wang simpanan? Well...kita masih perlukan wang tunai untuk menjalani kehidupan harian dan ketika kecemasan. Takkanlah kita nak bayar gunakan emas fizikal di kedai atau hospital (he he...biar betul)....jadi kita perlu simpan sebahagian wang berbentuk tunai.
Contohnya :
Simpanan kita ada RM 50,0000 (tidak digunakan), jadi saya cadang separuhnya kita beli emas fizikal dengan nilai RM 25,000. Dalam tempoh 10 tahun nilai simpanan emas akan  meningkat ke RM 125,000!

Jika membeli secara sedikit-dikit pun boleh…lama-lama jadi bukitkan? Membeli emas jangan tunggu hingga emas turun menjunam, kerana ianya jarang berlaku. Ada duit terus beli dan sekiranya lepas tu harga turun… tak mengapa kerana harga tetap akan naik setiap tahun kemudian.

No comments: