Wednesday, May 4

Pelaburan Emas Fizikal

Harga emas sentiasa meningkat, purata kenaikan antara 35% hingga 45% setahun. Cuba lihat statistik harga emas mengikut pasaran antarabangsa mulai tahun 2000 hingga 2012 (untuk tempoh 10 tahun)
Tahun 2000 - USD 275.45
Tahun 2009 - USD 953.50
Tahun 2010 - USD 1,423.00 (Kenaikan 400% bagi tempoh 10tahun)
Tahun 2011 - Kenaikan tertinggi USD 1,920, tapi jatuh bulan Dis 2011 USD 1,570)
Tahun 2012 - Ramalan kenaikan sehingga USD 2,300 - 2,500.

Bayangkan jika kita membeli Gold Bar 999.9 pada tahun 2000 bernilai RM867.00 maka pada tahun 2010 harganya meningkat RM4,382. Bagaimana kalau kita menyimpan emas bernilai RM 43,350?? Dalam 10 tahun menjadi RM 224,100!

Jika dibandingkan dengan simpanan di bank, pelaburan pelbagai saham, ternyata pelaburan emas fizikal lebih menguntungkan!
Lebih lama disimpan Lebih mahal nilainya


Tahun 2011
1. Hingga bulan Ogos 2011 - harga emas meningkat ke USD1,857 / oz, kenaikan kepada 30% sehingga bulan ni. Wowww!! ramalan pakar2 menyatakan  harga boleh meningkat kepada USD2,300 pada akhir tahun ini & boleh mencapai USD5,000 /oz dalam tempoh beberapa tahun lagi!

2. Bulan Ogos jugak ..harga meningkat paling tinggi iaitu USD1,920 & ketika itu saya menjual sebahagian stok emas untuk mendapat keuntungan kerana saya percaya harga akan menjunam setelah naik cam roket! Betul jangkaan saya..harga menjunam sehingga USD1,720. Masa ni lah borong balik emas, dan dalam beberapa hari bulan Ogos jugak harga naik kembali dan hari ni 27hb dah mencecah USD1,825!. Sesiapa yg berminat bolehlah beli sekarang kerana harga akan meningkat lagi. Harga emas ikut sejarah tak akan turun ..kalau turun pun (sebab adjustment) & akan rebound balik ke harga yg lebih tinggi.. Prinsip saya harga emas setiap tahun akan meningkat (tahun ni lebih tinggi dari tahun lepas) jadi tak perlu bimbang, ada duit beli terus dan tunggu graf harga akan meningkat, pastinya pelaburan yang saaangat menguntungkan. Ok..jumpa lagi!

Tahun  2012
Harga emas menjunam mulai bulan Dis 2011 sehingga USD1,570/oz. Alhamdullillah... saya dan beberapa pelanggan saya telah ambil kesempatan memborong emas fizikal, kerana harga memang amat rendah dan pasti akan meningkat kembali! Harga emas sekarang kian meningkat dari sehari ke sehari sehinggalah pada 2hb Feb 2012 harga mencecah ke paras USD1,750! Usah bimbang...masih belum terlambat membeli emas lagi kerana harga akan meningkat lebih tinggi lagi, dan bila sampai USD1,900 - USD2,000 bolehlah kita jual sebahagian untuk mendapat keuntungan pelaburan kita...bila turun lagi kita beli balik.